Friday, May 20, 2011

Oh-keybod ku menaip..

Hilangnya ruang cinta..

Apakah itu cinta?adakah cinta itu kasih sayang? Adakah kita cukup berani untuk bercinta dan dicintai. Kenapa seringkali cinta itu menyakiti kita yang benar-benar ikhlas? Adakah akan ada cinta sejati dan murrni dalam hidup ini? Adakah persoalan ini akan terus bermain diminda setiap pencinta?

Terlalu banyak soalan yang akan muncul pabila kita memperhambakan diri kerana cinta. Tiada siapa pun di dunia ini tidak mahukan cinta. Terlalu banyak cinta agung yang telah menjadi lagenda cinta namun tiada perngakhiran yang gembira. Mengapa kita sanggup menaruhkan cinta kita terhadap sesuatu yang kita tidak pasti?

Mempersoalkan cinta ini amat lah membebankan lebih-lebih lagi buat insan yang sering ditinggalkan cinta. Pernahkan insan yang dicintai itu mengerti apakah perasaan nya bila cinta dan kasih sayang yang dicurahkan hanya satu permainan perasaan? Perihnya hati ini bila berada dalam situasi yang tidak pernah kita pinta..

Terlalu banyak perkara yang dapat diperkatakan tentang cinta ini. Namun hanya satu yang kita tidak pernah pasti iaitu ‘adakah wujud cinta sejati yang ikhlas’?.Tidak banyak yang dapat diperkatakan bila menyebut soal cinta. Kerna tidak pernah ada bahagia dalam percintaan ini. Kadang-kadang kerap terfikir adakah tidak cukup memberi cinta buat seseorang wanita itu? Telah diserahkan segala nya kepada mereka namun adakah mendapat sesuatu yang sewajarnya?

Pelik tapi benar pabila seseorang itu lebih suka menerima kesilapan dan bersedia dikecewakan semula daripada memilih sesuatu yang pastinya membahagiakan dan telah pun disempurnakan. Memang benar tiada apa yang sempurna didunia ini. Kerna itulah kita dijadikan berpasangan. Semuanya adalah untuk melengkapkan antara satu sama lain. Namun sepanjang hidup kite ni tidak pernah menyedari bahawa setiap yang berlaku dalam hidupk tu akan mengubah setiap cerita cinta kite gak. Mencintai sesuatu atau seseorang yang bukan milik kita adalah sesuatu yang sia-sia. Namun apakan daya kerna tuhan menguji kita dalam pelbagai cara dan ketika.



MUKE KENTAL HATI PINK GAK NIH.....
~LOVE THE WAY YOU LOVE ME~

2 comments:

Eira's Chocolate said...

pak cik nie poyo....
chenta oh chenta....
come to me....
wakakakakka

elle shahri said...

emosi .. -___-''