Showing posts with label Subhanallah. Show all posts
Showing posts with label Subhanallah. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

empty soul

"I can shed tears that she is gone, or I can smile because she has lived.
I can close my eyes and pray that she'll come back, or I can open my eyes and see all she's left.
My heart can be empty because I can't see her, or I can be full of the love i'm shared.
I can turn my back on tomorrow and live yesterday, or I can be happy for tomorrow because of yesterday.
I can remember her only that she is gone, or I can cherish her memory and let it live on.
I can cry and close my mind, be empty and turn me back.
Or i can do what she'd want: smile, open my eyes, love and go on.

Sunday, May 29, 2011

Oh-haram la weh!



DEMMMM! HARAM LA WEH 0.5% tuh!!!


JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.
Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.
“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.
Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.
“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.
“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.
Semoga Umat Islam lebih berhati-hati dengan tindakan yang diambil. Ketahuilah, Baginda Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram.” (H.Riw Bukhari dan Muslim).


Harian Metro Online
http://kerangs.net/info/minum-barbican-haram/

mak oi! macam ni ape pon tak bleh lah!...jangan cakap air sirap plak ade alkohol dah le...peberet aku tuh...hati-hati ye kawan-kawan.


JAUHI SESUATU YANG TIMBUL SYAK PADANYA KERNA MENGHINDARI LEBIH BAIK DARI MENYESAL KELAK :)

Friday, May 20, 2011

Oh-demam

gambar dari google



Demam!Selsema!Batuk!Semput!
Sume la pakej btol klo kene demam ni..dah la musim ujan memang lambat la aku baik..da byk ubat aku telan ni tp lom nmpak effect sembuh pon...keje dah la banyak...adoi...nak buat keje pon xlarat..aish....bosan plak tuh...tu yang menyempat memblog kan diri..hihihi...

MAKAN UBAT NANTI CEPAT BAIK

Tuesday, April 26, 2011

Seni Akidah Songsang.


Graffiti
Seni jalanan yang berhaluan sendiri dan punya motif dan pengaruh sendiri.
Ia juga dianggap sebagai gejala sub budaye yang mempengaruhi sosiologi anak-anak muda.
Kini dah menjadi satu kelaziman di dinding kotaraya yg metropolitan ni akan
ade tagging dan art graffiti..sama ada untuk merealisasikan idea dan kemahiran atau ideologi
kepincangan..

Ape yg aku nak cite adelah gambo ni aku snap kat depan mall aku..mase tu aku tengah amik gmbo tuk persepctive view nak guna dalam design aku. mula2 aku xendah sangat sbb benda ni da naik
jemu dah aku tengok selalu..lagipun ade art graffiti yg aku suke..cume yg ni btol2 bukak mata aku..
aku xla baik dan xala pandai..tp aku tau setiap benda dibuat mesti ade sebab dan tujuan..

mula2 tengok kat wall tu aku nampak la graffiti si artis jalanan ni buat...pastu siap ade icon
comel2 dalam iklan nippon paint...lawo la gak..hehehe..

pastu aku tengok kat tiang plak..aku trus tekejut...ish..YA ALLAH!..
perasan atau tak mmg contengan tu nama ALLAH SWT dlm tulisan jawi yang di terbalikkan...
tengok macam AMI dia tulis...tapi aku ni xla bodo..leh jelas tu nama ALLAH..subhanallah..
siap ade logo nazi tuh...songsang! memang macam haram la diorg ni...
dah terpesong akidah jaoh ni...klo lain bangsa yg buat pun aku marah gak sebab ni
da masuk soal sensitiviti agama dan ketuhanan...bodo btol!

pastu kat tiang kedua ade lagi tp tag yg berlainan..
kalini jelas word nye ZION..siap ade bintang yahudi lagi....ish....ape dah jadi kat masyarakat kite ni...
makin lama makin xtakut dengan kuase yg esa....nak jadi ape?????
orang2 macam ni la yg patot dok dalam lokap ke gi rejam sampai mati ke...buat rosak
masyarakat, buat songsang pahaman...xde agama kerrr!!!!!!

APE PON TAK BLEH!